Muhasabah 2

2 minggu lepas, dengan penuh sengaja aku mengatakan pada diri aku, “malas lah nak baca Quran, mathurat, yasin dan kahfi minggu ni..”

 Dan aku menuruti perintah hati. Seperti diduga, 2minggu berlalu dengan kehancuran,rasa bagai punah ranah sebuah kehidupan. Quran yang ada di atas rak buku, aku jelling jelling tanda rindu. Ego!. Masih tidak mahu menyentuh.

 Dan kehancuran sebuah jiwa yang aku lalui sudah tidak tertahan lagi. Rindu itu mengikis ego yang ada.  Sungguh, hidup kita mukmin, bukan sesiapa tanpa membaca pesanan surat cinta dari Tuhan. Tanpa memuja muji, serta memohon maaf atas kekhilafan .

 Dan semalam, sekali lagi Yang Maha Agung itu menegur sikap aku. Khabar baju yang ditempah tidak mengikut specifikasi yang aku tetapkan buat aku kecewa. Menghampiri malam, aku cuba memujuk hati, “apa masalah kau ni wahai diri, kan Allah kata itu semua pinjaman, tak usahlah bersedih”

 Dan bangkit pagi ini, kesedihan yg aku rase lebih dalam dari kesedihan baju tidak mengikut specifikasi. Aku yang hidup tidak mengikut specifikasi yang Allah tetapkan , patutnya lebih rasa gelisah dan sedih disebabkn ini.  PAgi ini juga buat aku bermuhasabah. Kenapa  ketika aku menerima khabar tentang baju itu, aku tidak mampu mengucap, innalillah wainna ilaihirojun, Allahummajurni fio musibati, wakhlufli khoiran minha”.. kenapa?

 Ye, sebab aku cuba lari Tuhan  dan itu membuatkan aku merasa segalanya terhasil dari kudrat lemah aku sebagai seorang insan.

 Malu, tunduk, terkedu.

Ampuni aku Tuhan, Dekatkan aku pada Jalanmu

 

Muhasabah

image

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan… dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari.
Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
 
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua. 

……………………………….

 

Hari ini,sengaja aku memilih untuk meluah rasa di sini.Sengaja juga meninggalkan hp di rumah dan menutup ‘network connection’. I lost myself. Then I decided to lost contact with human to repair my connection with Allah.

 Sepatutnya, hari ini, aku ada usrah yang perlu di handle. Semalam aku cuba mencari pengganti. Tapi, tiada sapa yang sudi. Dalam perjalanan ke ofis hari ni, jiwa aku berdoalk dalik. Mahu dibuat usrah atau tidak. Buntu. Jiwa  aku berkata”lawanlah syaitan yang tgh menggoda tu”.. dan satu lagi jiwa berkata” ambillah rehat untuk kali ini, berikan ruang masa untuk diri”.

Bingung.

 Membuka email office, ternampak pula tugasan-tugasan yg perlu dilaksana, meeting2, pencalonan AJK, semua meresahkan.

Ya Rahman, ujian yang engkau hantar tidaklah sebesar mana, tetapi cukup membuat imanku goyah.

Betapa lemahnya aku ya Allah.

 Tuhan, moga aku temui jalan cintaMu.